suria

Blok Barat HSA Ditutup

JOHOR BARU: Kementerian Kesihatan mengarahkan supaya keseluruhan blok barat Hospital Sultanah Aminah (HSA) ditutup serta-merta berikutan dua insiden kebakaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kebanyakan perkhidmatan dalam blok itu akan terjejas sementara susulan penutupan itu.

"Ini bagi membolehkan syarikat konsesi dan pasukan kejuruteraan untuk memeriksa keseluruhan blok termasuk pendawaian, utiliti, gas bio perubatan dan struktur.

"Sebahagian daripada pesakit yang dirawat di blok barat akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail dan Hospital Permai.

"Kami juga meminta hospital swasta di kawasan sekitar untuk membantu HSA," tambah beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain