suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Draf Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang Adalah Sulit - Kurup

Joseph Kurup.

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism Malaysia (MCCBCHST) tidak dijemput untuk berdialog dengan kerajaan berhubung cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 kerana draf pindaan itu adalah sulit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Majlis berkenaan bahawa mereka tidak dijemput untuk berdialog.

"Kami telah mengumpulkan pandangan mereka dan akan membincangkan dengan  lebih lanjut," katanya selepas melancarkan sambutan Hari Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) di sini Khamis.

Turut hadir ialah Presiden KLSCCCI, Datuk Ter Leong Yap.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kabinet bersetuju membentangkan cadangan untuk meminda Akta berkenaan pada persidangan Parlimen akan datang.

Najib berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menangani isu penukaran agama dan menambah cadangan pindaan itu akan diselaraskan secepat mungkin oleh Kementerian Dalam Negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain