Umno Disaran Angkat Politik Islam Ke Tahap Lebih Baik - Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan. 

Mohamed Khaled berkata Umno mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu. 

"Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam kelangsungan Umno. 

"Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam Umno secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi," katanya. 

Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun Umno yang bertemakan "Islam, Nasionalisme dan Masa Depan Umno" di Pusat Konvensyen Antarbangsa Persada Johor pada Rabu.

Mohamed Khaled berkata dengan mendalami syiar Islam, ia dapat menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk Umno dan Islam bergerak seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan Agenda Melayu Maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti. 

"Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih jauh dari semua itu. 

"Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan, ketelusan dan kesepakatan.

"Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas,"katanya.  

Mengenai seminar itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan cara berbeza dipilih Umno Johor dalam meraikan ulang tahun ke-70 parti keramat berkenaan.  

Beliau berkata langkah penganjuran seminar oleh Badan Perhubungan Umno Johor, institut pemikir Bait Al Amanah dan Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) itu kena pada masanya untuk seluruh anggota Umno merenung sedalamnya dan mencari jalan ke hadapan dalam memantapkan parti tersebut. 

Seminar sehari itu disertai lebih 500 peserta termasuk anggota Umno, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, mahasiswa dan badan profesional.  -Bernama

Mohamed Khaled Nordin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain