Lima Gajah Mati Terperangkap Dalam Lumpur - Semasa | mStar

Lima Gajah Mati Terperangkap Dalam Lumpur

TAWAU: Lima daripada sembilan ekor gajah ditemukan mati setelah terperangkap di dalam kolam lumpur berdekatan Kem Pembalakan Berkat Saga iaitu sebuah perusahaan kayu balak di Rinukut pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata kesemua gajah itu dipercayai telah terperangkap kira-kira seminggu di dalam kolam lumpur itu sebelum ditemui orang awam.

"Pejabat Hidupan Liar Tawau dan Unit Penyelamat Hidupan Liar telah menjalankan misi menyelamat kumpulan gajah ini, namun setibanya di kawasan itu, lima gajah yang terperangkap telah ditemukan mati. 

"Dengan bantuan jentera berat daripada kem pembalakan Berkat Saga, dua ekor gajah dewasa yang masih kuat berjaya dikeluarkan manakala dua ekor lagi terpaksa di 'eutanasia' (dimatikan) bagi mengelakkan terus sengsara ekoran terlalu lemah, kekurangan air serta buta," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Augustine berkata hasil siasatan rapi dan kajian semula laporan bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti.

"Kemungkinan gajah-gajah tersebut masuk ke dalam kolam lumpur hanya sekadar untuk menyejukkan diri dan mandi...tetapi gajah ini mungkin tersalah jangkaan akan kedalaman dan konsistensi lumpur seperti 'pasir jerlus' di kolam itu dan akhirnya gagal keluar," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar pihak yang membuat kerja penggalian serupa supaya menimbus kembali atau memagar kawasan berkenaan selepas tamat kerja-kerja di sekitar kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang terutamanya di kawasan yang menjadi laluan gajah.

"Kolam lumpur yang membabitkan insiden gajah tersebut telah ditimbus dengan tanah dan ditutup sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

Gajah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain