Namewee Direman Empat Hari - Semasa | mStar

Namewee Direman Empat Hari

GEORGE TOWN: Polis memperoleh perintah reman selama empat hari sehingga 25 Ogos ini terhadap penyanyi rap kontroversi, Namewee berkaitan klip videonya yang didakwa menghina Islam.

Pendaftar Majistret Ahmad Tajudin Zain memberikan perintah reman itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan mana-mana golongan.

Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, 33, tiba di Mahkamah Majistret Pulau Pinang kira-kira pukul 10.20 pagi Isnin dan dikerumuni seramai 30 petugas media.

Wee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada Ahad.

Dia ditahan kira-kira pukul 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan  kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.

Namewee , klip video , hina Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Model Playboy buah hati baharu Neymar