suria

Dua Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Di Serian

Gambar hiasan.

KUCHING: Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Munggo Limo, Jalan Serian-Sri Aman malam Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.51 malam dan menggerakkan pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

Katanya kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Mitsubishi Triton, Proton Iswara dan Proton Saga FLX.

Beliau berkata dua orang yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun dikenali Olip anak Jones dan seorang wanita Sarina Anak Mut, 30.

Mangsa yang cedera parah pula Jones anak Gara, berusia 40-an, iaitu bapa kepada Olip.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa yang menaiki Mitsubishi Triton dan Proton Saga FLX terselamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Namewee Direman Empat Hari

Artikel Berikut

Artikel Lain