suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Kes Bunuh

Mior Faridalatrash Wahid

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar dengan sengaja oleh sebuah kereta di Jalan Penang, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dua  daripada lelaki terbabit ditahan semalam di Jelutong dan Batu Feringghi, di sini manakala seorang lagi yang merupakan pemandu kereta berkenaan ditahan pada Jumaat.

"Pemandu kereta itu ditahan selepas dia hadir membuat laporan polis di  Balai Polis Bandar Baru, di sini awal pagi ini. Semua mereka yang berusia antara 26 dan 33 tahun itu akan direman hari ini," katanya di sini.

Beliau berkata motif kejadian itu masih dalam siasatan.

Kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian penunggang motosikal S. Muniandi, 42, itu diklasifikasi semula sebagai kes bunuh selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Artikel Lain