Denda RM300 Jika Merokok Luar Bulatan Kuning - Semasa | mStar

Denda RM300 Jika Merokok Luar Bulatan Kuning

GEORGE TOWN: Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam tapak warisan, sila berbuat demikian di lokasi separa bulatan berwarna kuning dengan papan tanda 'zon merokok'.

Ia adalah satu-satunya ruang di mana anda dibenarkan merokok di tapak warisan.

Sehingga kini terdapat kira-kira 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.

Namun jika ditangkap merokok di luar bulatan berkenaan, denda RM300 bakal dikenakan kepada pesalah.

"Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.

"Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan-rakan dengan asap rokok," kata Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini kecuali di rumah-rumah persendirian telah bermula pada 1 Januari.

Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.

Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.

Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.

"Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah," kata Phee.

Artikel Sebelum

Guru British Puji Program BI1M

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain