PAS Tidak Yakin Pilihan Raya Tergempar Pulau Pinang - Mustafa

KEPALA BATAS: PAS tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, kata Pengarah Pilihan Raya parti itu Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata berdasarkan analisis dan maklumat, pilihan raya negeri (PRN) tidak mungkin berlaku kerana tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.

"Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.

"Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes (dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri) Lim Guan Eng," katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu di sini, Ahad.

Namun, katanya PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.

"Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya," katanya.

Semalam, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dilaporkan berkata parti itu masih menunggu persetujuan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara sebelum mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

PAS, Pilihan Raya Tergempar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!