suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Langkawi

LANGKAWI: Enam rumah kedai termasuk dua yang menjual motosikal musnah dalam kebakaran di Padang Matsirat, di sini pada Ahad.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi Yaacob Hassan berkata selain dua kedai menjual motosikal itu, empat premis lain membabitkan dua kedai menjual pakaian dan masing-masing satu yang menjual herba dan membuat ais.

Yaacob berkata bomba menerima panggilan pada pukul 10.34 pagi dan tiga jentera dikerahkan ke lokasi.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal api pada pukul 11.16 pagi daripada merebak ke tujuh kedai yang terletak pada deretan yang sama.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Lain