suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Riuh-Rendah Bersahur Di Mukhlafee

MADINAH: Kawasan rehat dan rawat di Mukhlafee yang terletak kira-kira 150 Kilometer Madinah dibanjiri jemaah umrah dari seantero dunia pada jam 2 pagi waktu tempatan untuk bersahur.

Sejurus memasuki Restoran Wastiyah Mukhlafee penulis teruja kerana kemeriahan bersahur di restoran itu.

Keadaan riuh-rendah memesan makanan dan keceriaan bakal tetamu Allah jelas terpancar pada setiap wajah jemaah lelaki dan wanita.

Ternyata kemeriahan Ramadan lebih terasa berbanding tatkala musim haji dan umrah pada musim biasa.

Antara makanan yang menjadi perhatian pengunjung restoran itu adalah nasi mandy ayam dan ikan.

Minuman panas teh-o dan susu atau dikenali sebagai laban turut mengisi perut ketika bersahur.

Ketika enak menikmati hidangan di atas talam, seorang lelaki yang sedang makan sendirian menghulurkan sebagaian ayam panggang panas kepada rombongan umrah kami.

Waktu imsak di Arab Saudi adalah hingga jam 4 pagi waktu tempatan manakala waktu berbuka ialah 7. 10 malam.

Ramadan

Artikel Lain