suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar Motivasi Prof Izzi Meninggal Dunia

Izzi Haji Ali. FOTO dari Instagram miliknya.
PETALING JAYA: Profesor Madya Izzi Haji Ali yang terkenal dengan tazkirahnya di Hot FM meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Allahyarham Izzi atau nama sebenarnya Md Izuddin Ali yang juga pakar motivasi meninggal dunia akibat serangan angin ahmar kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

mStar Online dimaklumkan, Allahyarham diserang penyakit berkenaan sejak seminggu lalu.

Jenazahnya dijadual akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu pada pukul 8 pagi Sabtu.

Allahyarham sebelum ini popular dengan tagline ‘renung-renungkan’ dan ‘selamat beramal’ menerusi segmen tazkirah di saluran radio Hot FM.

Beliau juga pernah muncul dalam rancangan televisyen antaranya di TV3 seperti  Kuliah Subuh, Petua, Bincang Petang dan Inspirasi Pagi di TV1.

Allahyarham adalah bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.
Izzi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain