suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Kereta Dipandu Bertembung Kenderaan Lain

LUMUT: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu bertembung sebuah kenderaan lain di Kilometer 41, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Batu 14, di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian pada 5.50 pagi itu Norhezleyney Mohd Zakaria, 42, yang memandu kereta Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di depanya.

"Ini menyebabkan kereta mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang gagal mengelak," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Zailan berkata pemandu kereta proton berkenaan, S.Seenivasagam, 25, dan rakannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Lumut

Artikel Lain