Tiga Warga Asing Ditahan Di Timur Laut - Semasa | mStar

Tiga Warga Asing Ditahan Di Timur Laut

Gambar hiasan.

GEORGE TOWN: Sebanyak 23 warga asing ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa dalam Op Pati di sekitar daerah Timur Laut, di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatarash Wahid berkata operasi tiga jam bermula 10 malam itu meliputi kawasan tempat tinggal warga asing sekitar Jalan Pasar di Pulau Tikus, Jalan Bukit Kukus di Paya Terubong dan Jalan Tanjung Tokong.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, Bangladesh (enam lelaki), Myanmar (enam lelaki), Pakistan (dua lelaki) dan seorang lelaki Vietnam, katanya di sini Sabtu.

Katanya semasa operasi itu ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi sebaik menyedari kehadiran polis bagaimanapun gagal kerana mereka berjaya ditahan.

Mior Faridalatrash berkata semua mereka yang berusia 18 hingga 47 tahun itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan.

"Seramai 48 pegawai polis dibantu penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Jabatan Pendaftaran Negara dan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam operasi kira-kira tiga jam itu," katanya. - BERNAMA

warga asing , OP Pati , Timur Laut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain