suria

RASMI: BN Menang Besar Di Sungai Besar, Kuala Kangsar

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.

Berdasarkan keputusan rasmi di Sungar Besar, BN memperoleh 16,800 undi, PAS (6,902 undi) dan Amanah (7,609 undi).

BN memperoleh majoriti 9,191 undi.

Budiman diraikan di atas kemenangan pada PRK Sungai Besar. Foto FAIHAN GHANI / The Star

Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 399 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi, BN turut mengekalkan kerusi di Kuala Kangsar dengan 12,653 undi, dengan PAS memperoleh 5,684 undi, Amanah (4,883) dan Bebas (54).

BN memperoleh majoriti 6,969 undi.

Datin Mastura Mohd Yazid bersama keempat-empat anaknya, dari kiri: Wan Muhammad Amar, Wan Imar Izzat, Wan Emir Astar dan Wan Iskandar selepas memenangi PRK Kuala Kangsar. Foto Bernama

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (BN); Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).

PRK Kuala Kangsar pula empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Artikel Berikut

Artikel Lain