71 Peratus Mengundi, Gagal Capai Sasaran - Semasa | mStar

71 Peratus Mengundi, Gagal Capai Sasaran

KUALA KANGSAR: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sehingga semua 23 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang tadi adalah sebanyak 71 peratus.

Pegawai Pengurus PRK Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria peratusan berkenaan adalah rendah berbanding sasaran 75 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK Kuala Kangsar. 

"Peratus ini rendah mungkin disebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi memandangkan sekarang bulan Ramadan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus.

Beliau berkata peratusan keluar mengundi sebanyak 71 peratus itu merangkumi pemilih biasa dan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 14 Jun lepas.

Katanya terdapat 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK Kuala Kangsar dengan 32,632 merupakan pengundi biasa, 312 (pengundi awal) dan lima lagi pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. 

"Kertas undi bagi pengundi tidak hadir yang diterima akan dikira di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Ia diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor susulan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas sama.-- Bernama 


PRK Kuala Kangsar , SPR

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain