suria

Anak Mastura Bersama Pemimpin BN Di Pusat Pengiraan Undi

Mastura bersama empat anak lelakinya yang menjadi penyokong kuat sepanjang kempen PRK Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR: Empat anak lelaki calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid tiba di pusat pengiraan undi di Dewan Jubli Perak bagi menantikan pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Wan Emir Astar, Wan Imar Izat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar tiba kira-kira pukul 9 malam dan dilihat memeluk serta berjabat tangan dengan pemimpin BN di dewan berkenaan.

Mereka kelihatan gembira dan turut memberi kerjasama kepada jurugambar untuk merakamkan gambar bersama penyokong.

Setakat ini, Mastura mendahului dengan majoriti undi melibatkan 40 daripada 72 peti undi yang telah selesai dikira.

Beliau memperoleh 6,349 undi berbanding calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (2,839 undi) dan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dengan 2,593 undi.

Mastura adalah balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Artikel Lain