suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Selesaikan Hasrat Mangsa Tawan Kinabalu

KOTA KINABALU: Pendakian ke Gunung Kinabalu oleh keluarga Jhala dari Singapura disifatkan sebagai ekspedisi 'menjejak langkah' mendiang Sonia Jhala, 12, yang terkorban dalam insiden gempa bumi tahun lepas.

Bapa Sonia, Jaidip Jhala, 49, bersama isteri dan dua lagi anak mereka akan melengkapkan hasrat pendakian mendiang yang tidak kesampaian itu.

Pelajar dari SIngapura menanam pokok bagi memperingati mangsa tragedi Gunung Kinabalu.
"Kami menerima kematiannya. Saya berharap perjalanan ini aadalah penamat bagi kami," kata Jaidip yang tiba dengan 19 yang lain terdiri daripada keluarga, rakan-rakan dan guru-guru dari Singapura untuk memperingati ulang tahun pertama gempa bumi 6.1 pada skala Richter yang mengorbankan 18 orang itu.

Sonia adalah seorang daripada sekumpulan 29 pelajar dan lapan guru mengikuti lawatan ke Gunung Kinabalu semasa tragedi itu.

"Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan apa yang anak bongsu saya tidak dapat lakukan," kata Jaidip.

Dia akan membuat pendakian selama tiga hari bersama isterinya Karen, serta anak perempuan mereka Karisma, 19, dan anak Dillion, 17.

Sementara itu satu majlis berhampiran pintu Timpohon di Taman Kinabalu diadakan pada pagi Jumaat.

Rombongan dari Singapura itu turut menanam pokok bagi memperingati mangsa yang meninggal dunia.

"Pokok ini melambangkan kehidupan yang baharu. Semoga mereka berehat dengan aman," kata John Quok, bapa kepada seorang kanak-kanak yang terselamat.

Katanya ia juga sebagai ingatan kepada pemandu kembara warganegara Singapura, Muhammad Daanish Amran.

Gunung Kinabalu, Sonia Jhala

Artikel Lain