suria

Isteri Maut, Suami Dan Anak Cedera Parah

KUANTAN: Seorang wanita maut manakala suami dan tiga anaknya cedera apabila kereta yang mereka naiki melanggar besi penghadang jalan sebelum terbabas ke dalam gaung di KM124.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Temerloh, Khamis.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa Khadijah Ismail, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Tiga anak mangsa yang cedera parah ialah Mohd Hishamuddin Abd Rahman, 24, Noor Shairah, 21, dan Noor Aina Basriah, 19, manakala bapanya, Abd Rahman Harun, 64, yang memandu kereta jenis Toyota Innova 2.0 itu hanya mengalami luka di bahagian tangan.

Difahamkan keluarga tersebut berasal dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Anuar Othmanketika dihubungi Bernama berkata kesemua mangsa di hantar ke Hospital Temerloh.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Lain