suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Ziarah Jenazah Menantu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ahmad Zahid menunaikan solat jenazah menantu timbalan perdana menteri, Syed Alman di Surau An-Nur, County Heights pada Khamis. - fotoBERNAMA

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis menziarahi jenazah menantunya Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia pada Rabu, di Surau An-Nur, Country Heights, di sini.

Ahmad Zahid, yang baru kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun, hadir bersama anggota keluarga dan rakan serta pihak yang mengenali Allahyarham.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar pada Rabu.

Turut berada di surau berkenaan ialah isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. - BERNAMA

Artikel Lain