suria

Jangan Guna Isu Edah Untuk Berkempen - Calon PAS

Dr Najihatussalehah Ahmad

KOTA BARU: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad menasihatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu 'edah' sebagai bahan kempen pilihan raya itu.

"Saya akur kepada apa yang ditetapkan oleh syarak... saya nasihatkan semua orang supaya jangan sentuh isu edah," katanya dalam sidang media pada Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56, di sini pada Selasa.

Beliau merujuk kepada calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid yang tidak dapat menyertai kempen pilihan raya itu yang dijadual bermula 5 Jun  ini kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian suami Mastura, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika berdepan dengan Mastura, Dr Najihatussalehah berkata: "Tidaklah mudah bagi saya sebab kempen tetap juga berjalan walaupun beliau menggunakan media dan tidak turun berkempen."

Artikel Lain