suria

Had Umur Beli Minuman Keras Dinaikkan Ke 21 Tahun

- Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Had umur untuk membeli minuman beralkohol akan dinaikkan dari 18 ke 21 tahun bermula 1 Disember 2017.

Selain itu, semua premis yang menawarkan minuman beralkohol dikehendaki mempamerkan notis bagi memberi amaran kepada pelanggan mengenai kesan-kesan buruk akibat minum arak.

Peraturan ini akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2017, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Selain notis yang perlu dipamerkan di premis perniagaan, pengeluar minuman beralkohol juga perlu meletakkan label amaran itu pada produk mereka.

Pindaan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah diwartakan pada 27 Mei bagi undang-undang minuman keras dikuatkuasakan, kata Dr Subramaniam.

"Pindaan itu adalah sejajar dengan strategi global untuk mengurangkan pengambilan alkohol yang membahayakan yang ditandatangani oleh semua menteri kesihatan untuk mengurangkan kadar minuman beralkohol di pasaran," katanya, Rabu.


Dr Subramaniam berkata langkah itu juga bertujuan menghentikan remaja dan pelajar daripada membeli minuman keras.

Artikel Lain