suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Permohonan Pertukaran 15,000 Guru Diketahui 1 Jun Ini

Datuk Seri Mahdzir Khalid
KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan pertukaran 15,000 guru yang berjauhan daripada pasangan masing-masing akan diketahui pada 1 Jun ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata permohonan pertukaran itu dibuka kepada guru-guru pada setiap Januari, Jun dan Disember.

Keputusan permohonan itu akan dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu tempoh masa guru mengajar di sesebuah sekolah, faktor kesihatan guru berkenaan dan tempoh guru berjauhan daripada pasangannya.

"Sejak tahun lepas sehingga April tahun ini, permohonan hampir 3,000 guru diluluskan bagi membolehkan mereka berpindah mengikut pasangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Warga Pendidik Parlimen Batu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sentul di sini, Isnin.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada sekolah, guru bersara dan tokoh guru peringkat Parlimen Batu.

Terdahulu, dalam ucapannya Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan mahu penguasaan akademik pelajar seiring dengan perkembangan sahsiah dirinya.

"Selain menguasai aspek kemahiran berfikir, pembentukan, membentuk peradaban bangsa juga penting walaupun ia mengambil tempoh yang masa," katanya.

Artikel Lain