Mat Sabu Antara Calon Amanah PRK Sungai Besar - Khalid Samad - Semasa | mStar

Mat Sabu Antara Calon Amanah PRK Sungai Besar - Khalid Samad

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi," kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Terdahulu, dalam satu sidang media di Parlimen, Khalid berkata Amanah berpendapat sukar bagi PKR bertanding menentang PAS pada kedua-dua PRK itu memandangkan kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai hubungan yang baik.

Sehubungan itu, katanya Amanah bersedia mewakili Pakatan Harapan dalam PRK berkenaan.

Menurutnya PKR perlu menerima hakikat bahawa PAS tidak akan menarik diri daripada bertanding.

Oleh itu, tumpuan perlulah diberikan kepada mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di dua kerusi itu, kata Khalid.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita berkata PKR dan PAS masih boleh berbincang berhubung isu calon bagi memastikan hanya satu calon daripada pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Katanya beliau tidak pernah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding tentang calon bagi kedua-dua PRK itu.

Namun, katanya beliau telah pun bertemu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung perkara itu.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata beliau yakin PKR dan PAS dapat berbincang mengenai pilihan raya kecil berkenaan.

"Kami perlulah menanti (kesediaan) PAS untuk bertemu kerana parti itu yang mahu bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen.

Nada berbeza pula dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menegaskan parti itu sudah menutup pintunya bagi sebarang perbincangan dengan PAS mengenai kedua-dua PRK itu.

"Kami tidak mahu berbincang dengan PAS. DAP tidak akan adakan sebarang perbincangan dengan PAS,"kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Anggota Parlimen Bagan.

PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen bagi kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan penamaan calon pada 5 Jun.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain