suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: SPRM Kelantan Tahan Dua Anggota Polis

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua anggota polis berhubung kes rasuah tengah malam Jumaat.

Kedua-dua sarjan polis berumur 25 dan 29 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu itu ditahan kerana dikatakan menerima suapan atas kesalahan berkaitan kad pengenalan.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua anggota terbabit kini ditahan di lokap Ibu Pejabat SPRM Kelantan dekat Lundang di sini untuk siasatan lanjut.

Ditanya mengenai jumlah suapan serta individu yang terbabit, Moh Samsuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Artikel Berikut

Artikel Lain