suria

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Tiba Di Kuching

Mayat ketiga nahas helikopter tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching sebelum dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak pada Sabtu. -fotoBERNAMA

KUCHING: Mayat ketiga mangsa nahas helikopter terhempas pada Khamis tiba di Ibu Pejabat Polis negeri di sini kira-kira pukul 2.20 petang.

Ia dibawa menggunakan van ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Identiti mangsa ketiga yang tidak diketahui itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Sungai Batang Lupar kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Turut mengiringi mayat itu Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Sebelum itu, mayat kedua berjaya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, pagi Sabtu, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai pada Jumaat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata mayat lelaki itu ditemui kira-kira 8.30 pagi Sabtu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat itu ditemui kira-kira 10km daripada Pusat SAR Lingga, 49km dari bandar Sri Aman, katanya.

"Mayat mangsa telah dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Umum Sarawak, Kuching," katanya.

Artikel Lain