suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Hanya Satu Nama Untuk Gabenor Bank Negara - Istana Negara

KUALA LUMPUR: Istana Negara pada Khamis berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

"Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

"Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan di sini, Khamis.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya 'pusingan U'  dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya 'pusingan U' dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Muhammad itu adalah untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Najib berkata, pelantikan Muhammad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bank Negara

Artikel Lain