suria

PRN Sarawak: PKR Hormati Proses Rundingan - Baru Bian

Baru Bian.

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Baru Bian berkata parti itu hanya menyerahkan watikah pelantikan kepada 35 calonnya tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Atas sebab itu, beliau menghormati proses rundingan mengenai pertindihan di lima kerusi.

"Malah, pintu rundingan dengan DAP terbuka sehingga hari sebelum hari penamaan calon dan kami mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan pertindihan kerusi itu.

"Malangnya, kami tidak pernah mendengar apa-apa daripada DAP sehingga tengah malam semalam (Ahad)," katanya.

Baru berkata PKR bertanding dalam kerusi yang lebih sedikit pada kali ini kerana mahu ahlinya komited menjaga kawasan mereka.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PKR Sarawak hanya memenangi tiga kerusi berbanding DAP, 12 kerusi.

Beliau berkata walaupun berlaku pertindihan kerusi yang menyaksikan PKR bertemu DAP, Barisan Nasional (BN) kekal musuh bersama kedua-dua parti itu.

"Kerusi yang kita tandingi adalah tempat dimana kita bekerja keras selama beberapa tahun," katanya.


PRN Sarawak, DAP, PKR, Baru Bian

Artikel Berikut

Artikel Lain