suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Lemas Ketika Menjala Ikan

IPOH: Seorang pekerja pendawaian di sebuah syarikat swasta ditemukan mati lemas dipercayai akibat tergelincir ke dalam Sungai Kinta di sini Isnin.

Mayat Shahnizam Ahmad Safawi, 27, dari Taman Pengkalan Bandaraya di sini ditemukan pada 11.50 pagi Isnin oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penguasa Ismail Darus berkata mangsa pergi ke sungai berkenaan untuk menjala ikan bersama seorang rakan pada kira-kira pukul 6.17 petang Ahad.

"Kami dimaklumkan, ketika mangsa menebarkan jalanya ke dalam sungai, mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Rakan mangsa kemudian meminta bantuan penduduk di kawasan perumahan berhampiran," katanya.

Ismail berkata 20 anggota bomba dan polis terlibat dalam operasi mencari mangsa yang dijalankan sehingga pukul 8 malam Ahad sebelum disambung semula awal pagi Isnin.

Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - BERNAMA




lemas, Sungai Kinta

Artikel Lain