suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Khidmat Ikhlas Boleh Menang Hati Rakyat, Bukan Wang - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambaikan tangan kepada hadirin sewaktu tiba pada majlis Himpunan Padu Dungun, Sabtu. -fotoBERNAMA
DUNGUN: Hanya perkhidmatan ikhlas tanpa melihat latar belakang kaum yang akan meraih sokongan dan mengukuhkan lagi kedudukan Umno, kata naib presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri meminta semua pemimpin Umno yang dipilih rakyat supaya tidak bersikap selektif dan berkhidmat untuk semua, tanpa mengira fahaman politik.

"Sebagai wakil yang dipilih kita diamanahkan oleh rakyat untuk berkhidmat dan mewakili mereka. Amanah tidak boleh dibeli dengan wang.

"Kita hanya boleh memenangi hati dan minda mereka dengan sentiasa berada berada bersama-sama dengan mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Padu Rakyat Dungun di sini pada Sabtu.

"Kita perlu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan itulah sebabnya kita semua berada di sini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain