Krisis Politik Kedah Tiada Kaitan Dengan PM - Rahman Dahlan - Semasa | mStar

Krisis Politik Kedah Tiada Kaitan Dengan PM - Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan.

KUALA SELANGOR: Krisis politik Kedah sehingga membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir  tiada kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata krisis politik tersebut merupakan urusan dalaman Umno negeri itu dan tiada kena mengena dengan perdana menteri.

"Ini (krisis politik di Kedah) tiada kaitan dengan perdana menteri. Saya harap mereka yang menuduh PM menjadi dalang isu ini tidak teruskan tohmahan ini," katanya.

Abdul Rahman, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu selepas melawat tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata Mukhriz merupakan ikon generasi muda apabila dilantik sebagai Menteri Besar tetapi beliau gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin Umno Kedah.

"Kita kena faham politik adalah permainan melibatkan sokongan. Jika anda tidak mempunyai sokongan maka tempoh kedudukan anda boleh dikira," kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata pelantikan Ahmad Bashah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, menunjukkan rakyat merupakan tonggak kuasa di Kedah termasuk pemimpin Umno Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Justeru, katanya, mereka berpendapat negeri itu perlu dipimpin oleh sebuah menteri besar baharu selepas kepimpinan Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Beliau berkata Ahmad Bashah telah memainkan peranan penting dalam membantu BN merampas semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum 2013. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemandu Van Sekolah Maut Ditumbuk

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain