suria

Peningkatan Levi Halang Pekerja Asing Ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk menaikkan levi pekerja asing dalam sektor pembinaan kepada RM2,500 daripada RM1,500 sebelum ini, berkuat kuasa 1 Feb, akan menghalang kemasukkan tenaga kerja baharu ke dalam negara, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).

Timbalan Presiden Foo Chok Lee berkata ia akan memberikan kesan buruk bukan sahaja ke atas industri pembinaan tetapi aktiviti hiliran lain yang terdiri daripada lebih 130 sektor termasuk pengangkutan, logistik, perkhidmatan dan pembuatan.

"Kami merayu kepada kerajaan untuk menangguhkan kenaikan ini berikutan keadaan ekonomi semasa.

"Daripada menjangkakan pendapatan tambahan sebanyak RM2.5 bilion kepada negara, adalah jauh lebih baik bagi mereka (kerajaan) untuk menghalalkan pekerja asing tanpa izin yang jumlahnya berganda daripada 2.1 juta orang yang berdaftar.

"Kerajaan akan menerima faedah sebanyak kira-kira RM5 bilion dalam hasil," kata beliau dalam satu sidang media bersama di sini, Rabu.

Levi, Kerajaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain