suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rumah Dan Sebuah Kereta Musnah Dalam Kebakaran

KUCHING: Dua unit rumah dan sebuah kereta Perodua Kenari musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Tabuan Melayu, Tabuan Jaya di sini, Rabu.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching Tiong Ling Hii berkata sebuah lagi rumah yang berhampiran hanya mengalami kerosakan sekitar lima peratus akibat kebakaran, membabitkan bahagian dapurnya sahaja.

Beliau berkata kira-kira 20 anggota dari balai bomba Tabuan Jaya dan Batu Lintang bergegas ke tempat kejadian selepas melihat asap tebal di tempat kejadian dan menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.18 pagi.

Tempat kebakaran terletak kira-kira 1.5km dari Balai Bomba Tabuan Jaya, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya siasatan mendapati rumah pertama dihuni oleh empat dewasa dan seorang kanak-kanak, manakala rumah kedua yang musnah kira-kira 90 peratus dihuni oleh dua dewasa serta dua kanak-kanak.

Rumah ketiga pula dihuni dua dewasa dan dua kanak-kanak namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

"Bomba berjaya menyelamatkan empat rumah berhampiran yang terletak antara 5 hingga 6 kaki (1.5 meter hingga 1.8 meter) dari rumah yang terbakar, menerusi kaedah 'fire break'," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kuching

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain