Bantah TPPA: "Kami Gembira Dengan Jumlah Kehadiran" - Maria Chin - Semasa | mStar

Bantah TPPA: "Kami Gembira Dengan Jumlah Kehadiran" - Maria Chin

KUALA LUMPUR: Kumpulan orang ramai telah hadir untuk menyertai Perhimpunan Bantah TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik)  di Padang Merbok di sini.

Beberapa kumpulan peserta telah dilihat berada di Maju Junction, salah sebuah lokasi pertemuan perhimpunan itu seawal tengah hari Sabtu.

Penunjuk perasaan di Maju Junction berpakaian hitam dan dilihat membawa sepanduk anti-TPPA.

Di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja, polis mengawal lalu lintas apabila kumpulan penunjuk perasaan berbaju hijau memenuhi bahagian tepi jalan raya.

Polis telah memberi amaran kepada para peserta untuk menjauhkan diri dari Dataran Merdeka dan orang ramai tidak melanggar  arahan itu.

Bantahan itu dianjurkan oleh Bersih 2.0, Bantah TPPA, Kongress Rakyat dan pelbagai kumpulan pelajar.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata beliau gembira dengan jumlah kehadiran peserta.

"Saya rasa kehadiran hari ini adalah seperti yang dijangkakan," katanya, sambil menambah bahawa pendidikan mengenai TPPA masih diperlukan.

"Keseluruhan dokumen adalah 6,000 halaman dan Kerajaan masih belum menjelaskan kepada rakyat dalam bentuk yang dipermudahkan," katanya, sambil menambah dia tidak dapat melihat alasan kerajaan yang tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian itu.

Ahli Parlimen Subang Jaya R. Sivarasa (PKR) juga agak gembira dengan kehadiran pengunjung.

"Realiti tentang TPPA adalah ia adalah satu isu yang kompleks. Tidak semudah itu untuk memberi kefahaman mudah kepada akar umbi dan itu adalah cabaran sekarang yang dihadapi oleh mereka yang menentang, " kata beliau.

Artikel Sebelum

Rumah Rosak Dibedil Mercun Buatan Sendiri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM