suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Cedera Parah Tersepit Pintu Lif

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang dekat sini, Jumaat malam.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, remaja perempuan yang berumur 12 tahun itu tersepit di pintu lif di tingkat 14 pangsapuri berkenaan ketika dalam perjalanan ke kediaman keluarganya.

"Kejadian itu menyebabkan kedua-dua belah kakinya hancur. Bomba yang tiba selepas dimaklumkan, berjaya menarik dan merenggangkan pintu lif untuk menyelamatkan remaja tersebut.

Mangsa yang pengsan kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan

lanjut," katanya ketika dihubungi. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain