suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai Bomba, Isteri Maut MPV Bertembung Treler

KOTA BARU: Seorang pegawai bomba dan isterinya maut  selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dilanggar sebuah lori treler yang terbabas.

Dalam kejadian 11 Jumaat malam di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Laloh, Kuala Krai dekat sini, pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Pahang, Muhamad Zulkifli Awang, 36, dan isterinya Shuhada Mat Hassan, 34, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Penolong Pegawai Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata dua anak pasangan itu iaitu Nur Umairah Husna, 6, patah kaki kanan dan Muhammad Hafiz Hakimi, 2, pula cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati treler berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki empat sekeluarga itu," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Mohamad Hanif berkata mayat pasangan suami isteri itu telah dituntut oleh keluarga mereka pagi tadi dan akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Raja, Besut, Terengganu hari ini.-- Bernama


bomba, treler, Laloh

Artikel Berikut

Artikel Lain