suria

Kes Bunuh Di Tapah: Suspek Dihadapkan Ke Mahkamah

TAPAH: Empat sekeluarga yang disyaki membunuh empat individu di sini dibawa ke Mahkamah Majistret pagi Jumaat berikutan tempoh reman mereka telah berakhir.

Keempat-empat mereka diiringi masuk ke dalam mahkamah sebaik sahaja dua kenderaan polis tiba kira-kira pukul 8.20 pagi.

Selepas 30 minit di dalam kamar majistret, empat suspek itu dibawa ke ibu pejabat polis di sini di mana laporan lanjut akan dibuat terhadap mereka.

Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas.

Keempat-empat suspek akan ditahan semula dan direman pada Jumaat.



kes bunuh, Tapah, empat sekeluarga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain