suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran Terkenal Dikesan Abaikan Kebersihan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan lipas di tempat stok makanan di premis Jalan Tiong Nam off Jalan Raja Laut, Khamis.

KUALA LUMPUR: Kebanyakan restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar, tetapi operasi bagi mencegah demam kepialu (tifoid) mendapati kawasan penyediaan makanan antara yang paling kotor.

Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, Ops Kepialu yang dijalankan mengesan adanya restoran terkenal dalam keadaan kotor.

"Di bahagian hadapan restoran kelihatan bersih tetapi di tempat penyediaan makanan sangat kotor," katanya pada sidang media Ops Kepialu, semalam.

Dr Wan Mansor yang mengetuai operasi selama tiga hari melibatkan 230 pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan dan 60 pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kebanyakan 177 kedai yang diperiksa didapati mengabaikan kebersihan.

"Ini disebabkan sikap tidak endah pengusaha kedai," ujarnya.

Jelasnya lagi, orang ramai perlu memilih kedai gred A atau B kerana ia menggunakan sistem yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundangan Kementerian Kesihatan, Ideris Mohamed berkata, antara yang dijumpai ialah najis tikus dan lipas di sekitar bahan-bahan makanan dan peralatan memasak.


kepialu, Dr Wan Mansor Hamzah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain