suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Saman Dr Ling Kerana Fitnah

Dr Ling Liong Sik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.

Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.

Sebelum ini bekas  menteri pengangkutan dan presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain