suria

KDN Sangkal Dakwaan 'Berat Sebelah'

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengharamkan perhimpunan dari parti lain jika memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kerajaan tidak pernah mengharamkan perhimpunan dari mana-mana parti selagi memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 dan ia tidak membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam," kata kementerian berkenaan.

Menerusi jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tze Tzin (PKR- Bayan Baru) yang menyatakan wujudnya 'double standard' berkaitan tindakan mengharamkan perhimpunan di Malaysia,  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perhimpunan baju merah memenuhi syarat, manakala Bersih 4 adalah sebaliknya.

"Polis tidak menghalang perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu memandangkan ia memenuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Disamping itu, pihak polis juga tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 kerana ia tidak mematuhi dan memenuhi keperluan akta.

"Pihak penganjur enggan memindahkan tempat berhimpun dan bertegas untuk mengadakannya di lokasi yang tidak dibenarkan tanpa kelulusan daripada pemilik premis berkenaan," katanya.

Kementerian menambah, perhimpunan Bersih 4 dianjurkan Bersih 2.0 iaitu pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Jadi, perhimpunan itu akan menentang undang-undang sedia ada," jelasnya lagi.

KDN, Bersih, baju merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain