suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pendidikan Titik Berat Pemerkasaan Kualiti Guru BI

Antara bahan pembelajaran yang digunakan menerusi ELTC.

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan bukan hanya menumpukan  kepada penyediaan guru bahasa Inggeris yang mencukupi malah mementingkan pemerkasaan kualiti guru Bahasa Inggeris yang dihasilkan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Chong Sin Woon.

Berdasarkan kajian, guru yang berkualiti itu antara unsur yang paling penting untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan English Language Teaching Centre Malaysia (ELTC) 2015 di sini, Selasa malam.

"Maka dengan itu kita mempunyai banyak program untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris yang berkualiti yang memenuhi standard. Ini termasuk membawa masuk guru-guru 'penutur asal' untuk kita membantu sekolah-sekolah yang lemah dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Katanya walaupun kerajaan sudah menamatkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi tidak bermakna bahawa kerajaan tidak mahu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

"Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan amat mementingkan Bahasa Inggeris dalam negara kita, cuma kita mempunyai pendekatan yang berlainan untuk kita meningkatkan penguasaan Bahasa Ingeris," katanya. -- Bernama



Artikel Lain