suria

Pulau Pinang Cari Sumber Pembiayaan Sendiri - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mencari sumber pembiayaan lain kerana negeri itu tidak menerima apa-apa peruntukan dalam Bajet 2016.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ketua Menteri Lim Guan Eng bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap akan meneruskan projek pembangunan yang dirancang sebelum ini.

"Ia sama sekali tidak adil apabila Kerajaan Persekutuan meminggirkan Pulau Pinang walaupun kita dibayar cukai sebanyak RM6.5 bilion," kata Lim pada sidang media di Komtar, Sabtu.

Beliau berkata kerajaan pusat hanya mengembalikan 2 peratus daripada jumlah itu sebagai geran kepada negeri ini.

"Projek-projek pembangunan utama akan diteruskan dengan pertukaran tanah seperti yang sedang dilakukan pada masa ini," katanya.

Bajet 2016, Lim Guan Eng

Artikel Berikut

Artikel Lain