suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kit Siang Digantung Hadiri Sidang Dewan Rakyat Enam Bulan

Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR: Usul untuk menggantung pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan diluluskan pada Khamis.

Usul berkenaan berikutan Ahli Parlimen Gelang Patah itu didakwa menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membahaskan usul yang dicadangkan itu pada pukul 11.30 pagi.

Selepas perdebatan hangat dibuat, usul berkenaan diluluskan apabila 107 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi membantah.

Dewan Rakyat kecoh apabila ahli parlimen berdebat mengenai kesahihan usul itu.

Isnin lalu, Kit Siang mendakwa Pandikar mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.

Jelas Kit Siang, Pandikar Amin dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.




Lim Kit Siang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain