suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kualiti Udara Baik, Tiada Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan baik pada pagi Isnin dengan 17 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat dan tiada kawasan dengan bacaan tidak sihat setakat pukul 8 pagi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 10 kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat kualiti udara sihat dengan Institut Latihan Perindustrian Miri mencatat bacaan (24), Limbang (28), Kapit (31), Keningau (34), Kota Kinabalu (38), Miri (39), Sibu (43) Kuching dan Sarikei (44) dan Samarahan (50).

Tujuh kawasan lain adalah Tanjung Malim, Perak (25); Muar, Johor (43); Jerantut, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan (45); Petaling Jaya (49) dan Kuala Selangor dan Perai, Pulau Pinang (50).

Sementara 30 kawasan mencatat IPU sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan sederhana tertinggi iaitu 69.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain