suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu Mungkin Kembali Esok

PETALING JAYA: Angin taufan yang berlaku di bahagian timur Filipina mungkin akan menarik angin dan membawa jerebu kembali dari Indonesia ke Malaysia.

Ini dijangka berlaku mulai esok dan boleh berlarutan sehingga awal bulan depan - bergantung kepada kekuatan taufan yang bakal berlaku.

Angin taufan kini mula terbentuk di timur Filipina, kata jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip.

"Antara sebab angin akan berpatah balik dari selatan adalah kerana pembentukan taufan tropika.

"Angin akan membawa jerebu pulang ke Malaysia," katanya kepada The Star melalui WhatsApp.

Ditanya berapa lama ia boleh bertahan, beliau berkata keadaan itu bergantung kepada kekuatan taufan dan bilangan pembakaran di Indonesia.

Dr Hisham berkata walaupun tanpa pembentukan siklon, kawasan tekanan rendah masih akan menyebabkan perubahan arah angin yang akhirnya membawa jerebu kembali ke negara ini.

Masalah jerebu rentas sempadan merupakan sejarah berulang melanda beberapa negara Asia Tenggara sejak dahulu lagi.

Ia dikatakan berpunca dari Indonesia disebabkan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa sawit dan pulpa di negara itu.

Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain