suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Segelintir Faham Tujuan Himpunan Baju Merah, Kuning - Paul Low

Paul Low.

PETALING JAYA: Perhimpunan 'baju merah' dan 'baju kuning' mempunyai pelbagai objektif namun hanya segelintir yang memahami tujuan mereka berhimpun, kata Datuk Paul Low.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, walaupun semua orang mempunyai pendapat mereka sendiri, namun beliau berpendapat bahawa perhimpunan berkenaan tidak mencapai tujuannya.

Beliau berkata, para penganjur perlu memainkan peranan lebih besar apabila menganjurkan perhimpunan seumpama itu kerana hubungan kaum di negara ini mudah terjejas.

"Masyarakat yang tidak aman di kalangannya tidak boleh memajukan ekonomi atau sosial," kata Law pada Ahad.

Low berkata, kerajaan mendengar suara rakyat dan memerlukan ruang untuk penglibatan dan keterangkuman, supaya rakyat tidak akan membuat demonstrasi jalanan.

"Melainkan situasi seperti kerajaan tidak mahu mendengar dan rakyat mahu menyatakan pandangan tertentu maka anda boleh menghadiri perhimpunan," katanya.

Menurut Low, perhimpunan aman merupakan ruang demokrasi untuk rakyat bagi menyuarakan pandangan mereka.

"Sebagai menteri, saya mahu melihat perhimpunan yang membina," katanya.


Paul Low, baju merah, baju kuning

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain