suria

Jerebu: Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Tengah Hari Ini

Kemaman antara lokasi yang didapati mencatatkan IPU tidak sihat tengah hari Sabtu.

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan kembali merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 12 tengah hari ini berbanding hanya satu kawasan pagi Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan itu ialah Kemaman di Terengganu (103), Pasir Gudang di Johor dan Balok Baru di Kuantan dengan bacaan masing-masing 102, walaupun ketiga-tiga kawasan mencatat IPU sederhana setakat 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, Langkawi yang mencatat IPU tidak sihat pagi tadi kini bertambah baik dan menyertai 45 kawasan lain yang mencatatkan IPU sederhana.

Sementara Limbang, Sarawak merekodkan IPU baik iaitu 50.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, JAS

Artikel Sebelum

Khairuddin Direman Enam Hari

Artikel Berikut

Artikel Lain