suria

Khairuddin Direman Enam Hari

Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman enam hari mulai Sabtu.

Khairuddin ditahan pada Jumaat dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

Perintah tahanan reman terhadapnya disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Zainuddin Ahmad seperti mana dilaporkan Buletin TV3.

Penahanannya dibuat di kediamannya bersama isterinya, pelakon Datin Seri Umie Aida Rahmat di Bukit Kiara dekat sini pada pukul 7.30 malam.

Pasukan polis juga merampas komputer riba dan telefon bimbit Khairuddin untuk tujuan pemeriksaan.

Pada hari sama beliau yang sepatutnya ke New York bersama peguamnya, Matthias Chang tidak dibenarkan ke luar negara atas sebab-sebab khas.

Beliau adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Artikel Lain