suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balok Baru, Kuantan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara negara bertambah baik petang Sabtu dengan hanya satu kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang, berbanding tiga kawasan pada tengah hari. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan dalam portalnya pada Sabtu bahawa Balok Baru di Kuantan, Pahang mencatatkan bacaan IPU 102.  

Kemaman di Terengganu dan Pasir Gudang di Johor, yang sebelum ini mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu masing-masing 104 dan 102, menurun kepada tahap sederhana iaitu 97 dan 100. 

Sebanyak 47 kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Shah Alam (98), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (97), Jalan Tasek, Ipoh (95) serta Langkawi dan Pelabuhan Klang (94). 

Empat kawasan mencatatkan IPU baik iaitu Keningau, Sabah (45), Kota Kinabalu, Sabah (50) Limbang, Sarawak (42) dan Wilayah Persekutuan Labuan (49). 

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, jerebu

Artikel Berikut

Artikel Lain