suria

1MDB Bidas Tony Pua Berhubung Dakwaan WSJ

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Sabtu membidas kenyataan setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua berhubung desakannya bahawa syarikat pelaburan itu menafikan dakwaan Wall Street Journal (WSJ).

1MDB berkata, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu 'sengaja terlupa' untuk menyatakan penafian 1MDB yang dikeluarkan pada 9 dan 18 September lepas.

"Adalah jelas daripada penjelasan terperinci yang dibuat oleh 1MDB bahawa:

"(a) di sebalik dakwaan palsu dan tidak dibuktikan yang dibangkitkan oleh WSJ dalam laporan pertama bertarikh 8 September 2015, berhubung deposit AS$1.4 bilion daripada 1DMB pada 2012, IPIC (Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) adalah dan kekal sebagai penjamin dua bon 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion; dan.

"(b)Meskipun WSJ menyiarkan laporan kedua yang berniat jahat dan salah pada 18 September 2015, berhubung pembayaran deposit 'hampir AS$1 bilion' oleh 1MDB, opsyen berhubung dengan aset-aset tenaga sesungguhnya telah ditamatkan." 

'Fakta-fakta itu sendiri sudah jelas' dan maklumat itu boleh diperoleh secara umum, kata 1MDB dalam kenyataannya di sini.

Menurut 1MDB, ia hairan mengapa Pua sama sekali tidak mempedulikan pengakuan kedua WSJ bahawa dalam beberapa minggu 'ia mengkaji dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian daripada siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang masih berlangsung'.

Sambil berkata ia melanggar undang-undang Malaysia, 1MDB berkata, Pua seharusnya memberi tumpuan kepada menjawab siasatan polis dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara itu, yang menurutnya 'telah mencemarkan proses PAC'. - Bernama

1MDB, Tony Pua, Wall Street Journal, WSJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain